Assalamualaikum wbh

Al Waqi'ah ayat 63
Maka Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

Monday, 9 February 2015

Semaian Rabi'ul Akhir - Gambar Terbaru Batch12Rabi'ul Awwal

Semaian Rabi'ul Akhir dibuat pada 19 Rabi'ul Akhir 1436, hanya 20biji kurma 'Ajwa dan 20biji kurma Safawi.

Manakala Batch 12Rabiul Awwal Kurma 'Ajwa ada dlm 50+ anak pokok - So dr 72 polibeg semai dapat dalam 54. 18 Tak jadi. Jumlah tak jadi yg agak besar.

Dan Kurma Safawi ada dalam 40 pokok yg jadi. Alhamdulillah.

Alhamdulillah  Anak anak pokok 'Ajwa pertama saya batch 12 Rabiul Awwal 1436

Alhamdulillah  Anak anak pokok 'Ajwa pertama saya batch 12 Rabiul Awwal 1436. Tanah yg kuning tu actually campuran tanah hitam dia sama peori dgn yg hitam.

Safawi 12 RAwwal 1436

Friday, 16 January 2015

Batch 12 Rabi'ul Awwal dipindah.

Pada hari ni saya telah memindahkan benih kurma semaian 12 Rabi'ul Awwal  yang telah tumbuh akar ke polibeg. Jumlah polibeg untuk A'jwa ialah 63polibeg. Tetapi 9 polibeg tidak diperiksa kerana 9 ini biji yang ditanam terus bukan disemai secara kelompok dalam pasu. Baru 18 kurma Safawi dipindah ke polibeg kerana polibeg habis.


Biji Kurma 'Ajwa

Biji benih 'Ajwa

Biji 'Ajwa ini paling unik antara semua biji ;Ajwa kerana ianya bersaiz kecil dan hujungnya tajam

Saturday, 3 January 2015

Semaian Rabiul Awal

Saya memilih 12 Rabi'ul Awwal 1436 untuk menyemai 70+ kurma 'Ajwa dan 40+ kurma Safawi.
Bulan ini hanya tarikh ini saya menanam sempena hari kelahiran Nabi Muhammad saw. 'Ajwa adalah kali pertama.

Tuesday, 30 December 2014

perkembangan

Hari ni pindah benih semaian kurma safawi safar batch 3 ke polibeg, semuanya 17polibeg, Sabtu 27hb 12 2014 lepas, Safar batch 1 keluar pucuk menara pertama, hari ni dah ada 4 pucuk menara. Benih Safar Batch 2 pindah ke polibeg semalam. Keseluruhan Safar ada 4 batch, batch ke 4 hanya 10 polibeg. 8 jadi, 2 belum confirm.

Manakala biji biji benij baru telah sedia untuk ditanam pada 12 rabi'ul awwal. 70 biji kurma 'ajwa. 30+ Safawi

Tuesday, 16 December 2014

Safawi Safar 3

Petang tadi 23 Safar 1436, sy telah menyemai batch ke 3 bulan safar benih kurma Safawi dalam 23biji.

Manakala Safawi batch pertama safar (18hari) sebanyak 17 benih yang telah tumbuh akar telah selamat dipindahkan ke polibeg. Ada satu pasu kecil tak pindah. Dalam batch ini ada satu akar cedera, dan satu akar putus yg tidak dipindah. Batch pertama ini akan menentukan kebolehan Safawi berada di dalam tanah ketumpatan yang agak padat. Sy agak risau. Moga2 Allah memberkati pokok2 kurma yang baru dipindah petang tadi insha Allah.

Insha Allah bulan Rabi'ul Awwal saya akan mula menyemai benih kurma 'Ajwa 2 kali. Awal bulan dan pada 12RA 1436H- Maulidur Rasul. Dan saya juga berharap dapat terus menyemai Safawi dalam 40 pokok pada bulan depan.

Sunday, 14 December 2014

Gambar Anak Pokok Kurma Safawi Batch Muharram 2

Batch Safawi Muharram 2 - ditanam pada 19Muharram yang lepas- 1 bulan 2 hari

Ada 10 tunas baru, kebanyakkan 10 anak pokok telah mengeluarkan batang hijau yang akan menjadi daun




Gambar Anak Pokok Kurma Safawi Batch Muharram 1

Anak pokok Kurma Safawi yang ditanam pada hari Asyura 10Muharram 1436 yang lepas, Alhamdulillah saya dikurniakan 20 pokok. 1 pokok belum keluar, 2 pokok dalam pasu tak jadi