Assalamualaikum wbh

Al Waqi'ah ayat 63
Maka Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

Kurma dalam Hadis

Bismillah.

Pokok kurma adalah pokok yang diberkati Allah. Ini diceritakan dalam hadis Nabi saw, ia pohon yang mempunyai barokah seperti seorang muslim. Manakala sesiapa yang menyimpan kurma tidak akan kelaparan.

Sahih al-Bukhari 5444
Dari Mujahid dari Abdullah bin Umar ra, ia berkata, "Ketika kami sedang duduk di sisi Nabi saw, lalu dihidangkanlah kurma yang sudah kering.
Nabi saw lalu bersabda: إِنَّ مِنَ الشَّجَرِ لَمَا بَرَكَتُهُ كَبَرَكَةِ الْمُسْلِمِ" Sesungguhnya di antara pepohonan itu ada satu jenis pohon yang keberkahannya seperti seorang Muslim." Lalu aku mempunyai perkiraan bahwa pohon itu adalah pohon kurma, aku berkeinginan menjawab; 'Wahai Rasulullah, itu adalah pohon kurma', namun aku melihat bahwa di antara sepuluh orang yang ada aku adalah yang paling muda. Maka aku pun diam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian bersabda: "Yaitu pohon kurma."
Menyimpan Kurma
Hadis Sahih Muslim 2046.
Dari Hisyam bin 'Urwah dari ayahnya dari 'Aisyah dari Nabi saw bersabda,
La yaju'u ahlu baitin 'indahumuttamru - Tidak kelaparan penghuni rumah didalamnya ada tamar

Hadis dari susunan perawi yang sama, lafaz yang berbeza dengan maksud yang sama direkod oleh Imam Tirmidzi
Hadis Sunan Tirmidzi 1875. Dari Hisyam bin 'Urwah dari ayahnya dari 'Aisyah dari Nabi saw bersabda,"Baitu la tamra fihi jiya'un ahluhu" maksudnya, rumah yang tiada kurma, lapar penghuninya. Hadis ini Hasan ghorib.

Kurma 'Ajwa dalam hadis
Kurma 'Ajwa adalah kurnia Allah pada Nabi Muhammad saw dan umat Islam yang mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan tubuh badan. Adakah kita tahu bahawa kurma 'Ajwa ini berasal dari syurga? Kalau ada benarnya, adakah anda ingin berlumba lumba beratur membelinya seperti mana golongan yang ingin membeli iphone setiap kali keluar edisi baru?

Dalam Sunan Tirmidzi, bab 21 pohon kam'ah dan 'ajwa.
Hadis no 2146. Dari Abu Hurairah, Rasulullahi saw bersabda, Al 'Ajwatu minal Jannah,wa fiha shifa'un minas sammi.
maksudnya, Kurma 'Ajwa itu dari syurga dan mengandungi penawar racun.
Hadis no 2148. Hadis yang berlainan cerita bila para sahabat mengatakan kam'ah itu cacar bumi, Nabi menjawab Kam'ah itu dari manna dan airnya ubat mata, dan seterusnya Nabi saw menyebut mengenai kurma 'Ajwa dengan lafaz yang serupa seperti hadis 2146. Hadis 2148 ini hadis Hasan
Dalam satu hadis Sahih Muslim diketahui akan kelebihan mengamalkan pemakanan kurma,
Sahih Muslim no 2047. 'Amir b. Sa'd b. Abu Waqqas mendengar ayahnya berkata dia mendengar Rasulullahi saw bersabda "Man tasobbaha bi sab'i tamarotin 'ajwatan lam yadurrohu dzalikal yaumu summun wala sihrun" yang bermaksud, Sesiapa yang di pagi hari makan 7 biji kurma 'ajwa, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan oleh racun dan sihir.
Hadis yang sama juga berbeza sedikit lafaz di dalam Sahih Bukhari no 5445.


Bagaimakah kita ingin dapatkan pohon kurma di syurga?
Statusnya Hasan Sohih Ghorib.Lafaz zikirnya sohih boleh kita amalkan.
Hadis Sunan Tirmidzi no 3464, Jabir meriwayatkan, dari Nabi saw bersabda, "Man qola Subhanallahil 'Azimi wabihamdihi" ghuri sat lahu nakhlatun fil jannah". Maksudnya "Sesiapa yang mengucapkan "Subhanallahil 'Azimi wabihamdihi" maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di Syurga."


Larangan
Kurma muda, tidak boleh dimakan org yang baru elok sakit.
Hadis no2105 Sunan Tirmidzi

Tidak boleh makan kurma 2 biji sekaligus.
Hadis no 1874 Sunan Tirmidzi dan Sahih al-Bukhari 5446

Rujukan Sohih Muslim: http://sunnah.com/muslim/36
Rujukan Sohih Bukhori: http://sunnah.com/bukhari/70
Rujukan Kitab: Tarjamah Sunan At Tirmidzi terbitan Victory Agencie
*** No Hadis dalam buku terjemahan adalah lebih dari standard.

No comments:

Post a Comment