Assalamualaikum wbh

Al Waqi'ah ayat 63
Maka Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

Monday, 9 February 2015

Semaian Rabi'ul Akhir - Gambar Terbaru Batch12Rabi'ul Awwal

Semaian Rabi'ul Akhir dibuat pada 19 Rabi'ul Akhir 1436, hanya 20biji kurma 'Ajwa dan 20biji kurma Safawi.

Manakala Batch 12Rabiul Awwal Kurma 'Ajwa ada dlm 50+ anak pokok - So dr 72 polibeg semai dapat dalam 54. 18 Tak jadi. Jumlah tak jadi yg agak besar.

Dan Kurma Safawi ada dalam 40 pokok yg jadi. Alhamdulillah.

Alhamdulillah  Anak anak pokok 'Ajwa pertama saya batch 12 Rabiul Awwal 1436

Alhamdulillah  Anak anak pokok 'Ajwa pertama saya batch 12 Rabiul Awwal 1436. Tanah yg kuning tu actually campuran tanah hitam dia sama peori dgn yg hitam.

Safawi 12 RAwwal 1436

Friday, 16 January 2015

Batch 12 Rabi'ul Awwal dipindah.

Pada hari ni saya telah memindahkan benih kurma semaian 12 Rabi'ul Awwal  yang telah tumbuh akar ke polibeg. Jumlah polibeg untuk A'jwa ialah 63polibeg. Tetapi 9 polibeg tidak diperiksa kerana 9 ini biji yang ditanam terus bukan disemai secara kelompok dalam pasu. Baru 18 kurma Safawi dipindah ke polibeg kerana polibeg habis.


Biji Kurma 'Ajwa

Biji benih 'Ajwa

Biji 'Ajwa ini paling unik antara semua biji ;Ajwa kerana ianya bersaiz kecil dan hujungnya tajam

Saturday, 3 January 2015

Semaian Rabiul Awal

Saya memilih 12 Rabi'ul Awwal 1436 untuk menyemai 70+ kurma 'Ajwa dan 40+ kurma Safawi.
Bulan ini hanya tarikh ini saya menanam sempena hari kelahiran Nabi Muhammad saw. 'Ajwa adalah kali pertama.